WELCOME!!!

BLOG INI MEMAPARKAN SEMUA ISU ISU TERKINI DIKELAS 3 JUJUR DIMAKTAB SULTAN ISMAIL.GELAGAT PENGHUNI 3 JUJUR MEMANG MENGALAHKAN BERUK MAT YERGH!!.

Saturday, October 24, 2009

PEMUDA X!!!

Jikalau anda melihat pemuda berikut,tolong laporkan kepada ajk kampung masing2 kerana ia berkemungkina merbahaya kerana berjaya membunuh seekor belalang kunyit dengan cara mengunyahnya hidup-hidup(kanibal).Ia mengalami gangguan saraf di bahagian pektoral dan juga saraf tunjangnya terbelah dua.Beliau mengalami stress akibat bebana kerja rumah yang melebihan had.
Pemuda x mengalami tekanan dan akan melakukan perkara yang amat pelik seperti visual di atas.




Pemuda x susah dikesan kerana dia menyamar sebagai pekedai runcit atau penjual cendol.


Salah seorang pemuda x yang telah di tangkap.



Friday, October 16, 2009

Pelanduk dua serupa

Seperti kata-kata Allahyarham P.Ramlee dalam Nujum Pak Belalang"Kebanyakannya di dalam dunia ini,pelanduk dua serupaaa"Namun ia betul,ini terbukti melalui beberapa wajah yang hampir seiras.


KARIM + LEE CHONG WEI

Saiz muka dan bentuk memang serupa,ada juga khabar-khabar angin mengatakan karim ader pertalian darah ngan pemain badmintaon negara, tetapi berita itu sama sekali tidak benar,karim dan chong wei tiada persaudaraan mahupun bau-bau bacang.

SAFRI+TONY JAA

mungkin muka agak berlainan namun dari segi skill berlawan memang saling tak tumpah ,safri juga pernah ditawarkan utk berlakon dlm filem terbaru iaitu"OMBAK 5"


HAKIM+SYAMSUL

jika dipandang secara horizontal memang jauh berlainan,tetapi dari style rambut belakang memang sama.Hakim cuba menafikan kenyataan ini tetapi fairuz menegaskan bahawa muka hakim memang serupa nagn syamsul.

Ketika PMR

Ketika PMR:



Semua pelajar akan merasa keadaan tertekan apabila PMR tiba,perasaan berbolak-balik akan menghantui diri.Lihatlah sendiri muka serius dan stressed ,saya pasti anda juga kan merasa lebih stressed.



Ada juga antara kita yang menyalahkan orang lain jika tersilap tulis,seperti gambar diatas.







Namun perkara yang terbaik ialah dengan menunaikan solat hajat dua rakaat dan berserah kepada Allah seperti pelajar diatas.Wah!! kepada makcik-makcik sekalian,ni jadi menantu memang elok nih!!.




Dan ergh.......-no komen-




P/S:Kepada tuan punya gambar(kacah) pengedit gambar ini berada di alaska sedang memancing ikan sardin.Sekian Wassalam

Sebelum PMR

Seperti biasa para pelajar sebelum pmr ,mestilah study sampai kejang ....begitu juga dengan pelajar 3 j nie _



Hakim kelihatan berbincang mengenai Kisah para rasul manakala Arif khusyuk mendengar tetapi iqbal hanya cuba mendirikan sebatang pen di atas meja.

Semua pelajar khusyuk mendengar ajaran guru, tetapi puteh cuba melarikan diri daripada berada dalam linkungan 10 meter dari guru kerana tidak menyiapkan kerja rumah.

Semua pelajar tekun melihat LCD atau paparan yang dikendalikan oleh Hakim.Kacah berada di belakang serta ghairah menunggu paparan bab 4(ehem-ehem)


Semua pelajar berebut-rebut mengambil kerja rumah serta latihan yang disediakan oleh guru kecuali firdaus yang masih diulik mimpi indah.

Fazreen kelihatan cuba menjauhkan diri dari kelas dengan berada di bilik gerakan pengawas (kat kelas panas,kipas rosak)


Faisal cuba menggunakan minyak urut untuk dikaji supaya dapat dijadikan bahan petrol tetapi gagal serta merta dan digelak secara terlampau oleh rakan-rakan.




Aidil menggunakan peralatan canggih untuk menjamin mesa depan cemerlang.

Namun dalam ketekunan para pelajar sempat bergurau senda.




P/S:TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU KERANA MENDIDIK KAMI!!

Kanak-kanak Hilang!!!

Berikut merupakan beberapa orang kanak-kanak yang hilang dan masih tidak ditemui oleh keluarga mereka:





Nama:Abdul Karim Abdul Aziz

Umur:15 Tahun tetapi perangainya mengalahkan budak 5 thn kerana menghidapi Alzheimer

Kali terakhir dilihat di:belakang rumah ketika cuba menggunakan batang paip lama untuk dibuat lemang,lalu hilang begitu saja.

Pesanan dari keluarga:Baliklah.....baliklah karim
mak janji akan ikut kehendak karim...nanti mak buat lemang pakai batang paip ok..













Nama:Aiman Afiq a.k.a Puteh

Umur:15 Tahun jika dikira melalui tahun masihi

Kali terakhir dilihat di:Sekitar pantai tok bali,dia kelihatan cuba melakukan aksi kuak bebas tetapi dihalang oleh pegawai pantai yang bertugas

Pesanan dari keluarga:elleh , buat buat hilang,mak tau kau dok belakang reban ayam jer kan???




Nama:Fairuz (ORANG 'DE'BE')

Umur:Tidak dapat dikenal pasti keran tidak memiliki i c mahupun surat beranak ,besar kemungkinan warga PATI.

Kali terakhir dilihat:Belakang rumah,dia ditugaskan mengambil beberapa helai daun pandan oleh ibunya

Pesanan dari keluarga:Kepada sesiapa yang melihat anak ini ,toling jangan diapa-apaka kerana dia tidak mampu menjaga diri sendiri.









JIKA ANDA MELIHAT ORANG DEMIKIAN , SILA TELEFON TOK PENGHULU KAWASAN KAMPUNG KUBANG BADAK SUMATERA BERNOMBOR 015-2734848